Faceboook

Buru Piala FA

Manchester United berharap prestasi mereka tidak terjejas selepas seri dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana baru-baru ini apabila melayan kunjungan Fulham pada perlawanan pusingan keempat Piala FA, awal pagi esok.

United melepaskan gol penyamaan pada masa kecederaan ketika seri 1-1 di White Hart Lane, minggu lalu sekali gus membenarkan juara bertahan Manchester City merapatkan kedudukan kepada lima mata.

United sudah sembilan tahun tidak memenangi Piala FA dan mendorong pengurus Alex Ferguson mengarahkan anak buahnya supaya mencuba yang terbaik pada kempen kali ini.
Sedikit kelegaan buat mereka apabila Fulham gagal mempamerkan prestasi baik sejak akhir-akhir ini.

Skuad kendalian Martin Jol itu yang mengatasi Blackpool pada perlawanan ulangan pusingan ketiga, hanya mengutip 12 daripada 45 mata dalam Liga Perdana sekali gus menyaksikan mereka menduduki tangga ke-14 liga.

United menghabiskan minggu ini di Qatar bagi kem latihan menjelang pertemuan dengan pasukan bekas penyerang Old Trafford, Dimitar Berbatov, awal pagi esok.
Pemain Bulgaria itu dijangka membuat penampilan pertama di Old Trafford sejak meninggalkan kelab itu hujung musim lalu dan pemain pertahanan United, Phil Jones bersedia berdepan bekas rakan sepasukannya itu.

“Pasti menarik untuk melihat Berbatov kembali ke Old Trafford. Secara teknikal, dia pemain yang hebat,” katanya.
“Piala FA adalah kejohanan yang hebat dan ia salah satu piala yang kami ingin menangi. Kami mahu melangkah sejauh mungkin. Ia kejohanan yang selalu kami impikan.

“Saya harap kami boleh mendapat keputusan yang baik dan mara jauh pada pertandingan ini.”

0 comments:

Post a Comment

Video Gallery