Faceboook

Dulu Buangan Kini Harapan


Apabila Fulham melangkah ke Old Trafford untuk beraksi pada perlawanan Piala FA awal pagi esok, Dimitar Berbatov (gambar) akhirnya berpeluang bertemu pasukan yang sememangnya menanti saat untuk melihat kelincahannya di padang.


Hakikatnya bukan tewas di tangan pasukan kendalian Alex Ferguson menjadi kebimbangannya tetapi pemain bijak berasal dari Bulgaria itu ingin membuktikan tindakan Manchester United mengeluarkannya daripada pasukan adalah salah.


Berbatov menyertai the Cottagers dengan harga £5 juta (RM24 juta) pada hari terakhir musim perpindahan Ogos lalu meskipun berjaya menjaringkan puluhan gol sepanjang empat tahun bersama United serta menjulang dua gelaran liga malah berkongsi anugerah kasut emas.

Biarpun menyumbang begitu banyak kejayaan untuk United sekali pun, Berbatov tetap gagal mendapat kepercayaan Ferguson menjadikan itu punca kepada perpindahannya ke Fulham.

Ferguson kurang yakin dengan Berbatov dan sekadar meletakkannya dalam lima aksi kesebelasan utama pada Liga Perdana musim 2010-2011.

Hatrik menakjubkan Berbatov ke atas Liverpool adalah satu daripada tiga hatrik yang membantunya berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak dengan catatan 20 gol. Namun, akhirnya dia diketepikan pasukan ketika melangkah ke final Liga Juara-Juara 2011 sebaliknya Michael Owen yang dipilih mengisi bangku simpanan.

“Sistem United berdepan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana tidak menepati ciri Berbatov,” kata pengkritik bola sepak, Mark Lawrenson.

“Biasanya dalam perlawanan itu, Ferguson cenderung untuk meletakkan tiga penyerang di tengah. Dia tidak akan sesekali melebihkan Berbatov daripada Rooney di bahagian tengah.

“Berbatov adalah pemain yang kerap disisihkan tetapi dia bukanlah jenis yang bergantung pada pemain lain.”

Namun setiap kali diberi peluang beraksi di padang, Berbatov dianggap berbahaya. Dia sering bersikap tenang dan menjaringkan 49 gol di Liga Perdana dalam 82 aksi di kesebelasan utama dan 24 sebagai pemain gantian untuk United.

Jumlah dicatat Berbatov itu hampir sama de­ngan jaringan Carlos Tevez di Manchester City iaitu 55 gol dalam 86 penampilan kesebelasan utama serta 14 gantian.

“Saya tidak nampak kerjayanya di United sesuatu yang mengecewakan,” kata pengulas perlawanan, Alan Shearer. 

“Dia mempunyai reputasi yang hebat terutama untuk seseorang yang tidak dijang­ka untuk meraih 30 gol dalam satu musim,” katanya.

Berbatov kemudiannya meninggalkan United, hanya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang berhak menerimanya, malah enggan bertemu dengan Ferguson kerana hilang hormat terhadap pengurus itu. 

Dia menyertai Fulham di bawah kendalian Martin Jol, orang pertama yang membawanya ke EPL ketika menjadi pe­ngurus Tottenham.

“Skuad saya sedar dia adalah pemain utama pasukan,” kata Jol selepas Berbatov membantu kepada kemenangan 2-1 ke atas New­castle, Disember lalu.
“Malah, dia menjadi punca penyatuan pasukan,” katanya lagi.

Tanggapan Jol ke atasnya bukan satu-satunya menjadi punca kepada perubahan Berbatov memandangkan peranannya turut berubah. 

Sementara United dilihat mempermainkannya meskipun berjaya menyumbang gol untuk pasukan, Fulham pula benar-benar menghargai­nya. 

Dalam 19 perlawanan Cottagers dalam liga setakat ini, Berbatov berjaya melakukan lebih banyak hantaran berbanding yang pernah dilakukan­nya dalam 32 aksi bersama United pada musim 2010-2011. 

Malah, dia juga banyak mencipta peluang iaitu 35 setakat ini berbanding 36 sebelumnya.

Berbatov kini dijangka akan mencipta lebih ba­nyak peluang untuk pasukan serta menjaringkan lebih banyak gol. 

Aksinya yang lebih lincah sekarang ini mungkin disebab­kan dia kini diberi ‘lesen’ lebih bebas untuk mendapatkan bola berbanding sekadar menanti saja ia dihantar kepadanya sebelum ini.


0 comments:

Post a Comment

Video Gallery