Faceboook

Kisah Perang Zaman Dahulu

Apabila kita melihat kembali lembaran2 sejarah kehidupan orang Islam selama 1350 tahun yg lalu maka dapat diketahui bahawa orang Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan kebesaran dan kehebatan. Walau bagaimanapun, apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran2 tersebut dan cuba memerhatikan keadaan orang Islam dewasa ini maka kita akan nampak bahawa kita berada dalam keadaan yg sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa2 tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan
kemesraan. Perangai dan budi pekerti kita tidak baik, akhlak juga tidak baik,amalan kita pun tidak baik malah perwatakan pun tidak lagi baik. Segala keburukkan wujud pada kita dan diri kita tersangat jauh daripada segala kebaikan.

Orang asing (bukan Islam) bergembira melihat kita dalam keadaan yg serba lemah ini. Mereka menghebohkan kelemahan kita dan mentertawakan kita. Bahkan pemuda pemudi yg kita sayangi yg tergila2kan budaya moden telah mempersendakan prisip agama kita yg suci. Sehingga mereka berkata bahawa syariat yg suci itu tidak lagi sesuai untuk diamalkan dan tidak berguna pada pandangan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Video Gallery